Logo Think Humanity, Think ISLAMIC RELIEF!
DONATE NOW!

Dedicated to alleviating the suffering of the world's poorest people

Al Quran Braille Waqf


#


Al Quran Braille Waqf project is collaboration between Islamic Relief Malaysia and PERTIS (Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia) in an effort to raise funds for the publication of Al-Quran Braille.

With only RM210, you will have the opportunity to waqf Al Quran Braille to individuals in need (i.e blind muslims) in Malaysia.


***


Projek wakaf Al-Quran Braille merupakan projek usahasama Islamic Relief Malaysia dan PERTIS (Persatuan orang-orang cacat Penglihatan Islam Malaysia) bagi membiayai penerbitan Al-Quran Braille.

Dengan hanya RM210, anda berpeluang untuk berwakaf Al Quran Braille kepada pihak yang memerlukan (iaitu orang cacat penglihatan) di seluruh Malaysia.


---


APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG WAKAF AL-QURAN BRAILLE?


1. Apakah wakaf Al-Quran Braille?

Wakaf Al-Quran Braille merupakan wakaf untuk membiayai pencetakan Al-Quran tulisan Braille bagi golongan cacat penglihatan dan merupakan projek kerjasama antara Islamic Relief Malaysia dan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)


2. Kepada siapa Al-Quran ini akan diberi?

Al-Quran ini akan diberikan kepada ahli persatuan PERTIS khususnya dan akan disalurkan kepada golongan cacat penglihatan Malaysia yang memerlukan Al-Quran Braille.


3. Berapa harga senaskhah Al-Quran Braille?

RM210 senaskhah. Terdiri daripada 6 jilid dan 5 juzuk setiap jilid


4. Siapa yang membuat cetakan Al-Quran ini?

Al-Quran ini akan dicetak di pejabat PERTIS oleh ahli persatuan PERTIS sendiri


5. Bagaimana nak melakukan pembayaran?

  • Walk in – Cash/Cheque
  • Online donation - http://bit.ly/IslamicReliefMalaysiaDonateOnline
  • Offline donation -
    • Maybank Islamic (562142708704)
    • CIMB Islamic (8602073818)
    • Bank Islam (12029010065643)
    • Affin Islamic (106710002784)
    • Bank Rakyat (110801000035)


6. Macam mana nak tahu Al-Quran ini betul diberikan kepada orang cacat penglihatan?

Kami mempunyai kerjasama dengan PERTIS dan pelancaran serta sidang media akan dijalankan pada 27 April 2016. Selepas penyerahan wang sumbangan, PERTIS akan membuat laporan bagi setiap 50 naskhah yang dicetak dan diedar dalam tempoh 3 bulan


7. Adakah wakaf ini boleh mendapat pengecualian cukai?

Ya. Setiap sumbangan Saham Akhirat layak mendapat pengecualian cukai di bawah Sub-section 44(6) of income tax 1967. Ref. No: LHDN.01/35/42/51/179-6.6249.


8. Adakah hanya tertumpu kepada golongan cacat penglihatan Malaysia?

Kami mengutamakan golongan cacat penglihatan di Malaysia terlebih dahulu. Jika terdapat tajaan atau permintaan, akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan di luar Negara


9. Adakah Al-Quran ini mendapat pengesahan dari mana-mana jabatan?

KDN telah meluluskan PERTIS untuk mencetak Al-Quran Braille ini dengan no KDN : PQ/Q.1001/1.2/QA/304/49/2010


10. Kenapa perlu cetak banyak-banyak?

Al-Quran Braille hanya boleh digunakan selama 5 tahun bagi setiap satu naskhah kerana cara bacaan Braille menggunakan teknik sentuhan dan tulisannya akan rata/haus/tenggelam.


11. Macam mana saya nak tahu duit saya memang disalurkan kepada wakaf Al-Quran Braille?

Setiap sumbangan akan direkodkan ke dalam sistem. Penderma akan menerima resit asal yang akan diemail atau dikirim melalui pos sebagai bukti kami menerima sumbangan dan sijil wakaf sebagai bukti penyertaan program ini


Please, support us in helping those who need it most.

DONATE NOW