Logo Think Humanity, Think ISLAMIC RELIEF!
DONATE NOW!

Rantau Panjang, 23 Jan. 2017 – Bilik Gerakan Kecemasan (BGK) telah beroperasi sejak beberapa hari yang lalu untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan Pantai Timur. Untuk makluman, BGK telah ditubuhkan pada tahun 2015 oleh sekumpulan sukarelawan IRM sebagai pusat aktiviti IRM di kawasan Rantau Panjang. Mereka terdiri daripada guru, peniaga, penjawat awam dan lain-lain.

BGK telah menjadi pusat pengumpulan barangan bantuan hasil sumbangan orang ramai dan menjadi lokasi penyerahan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Pihak Islamic Relief Malaysia (IRM) telah berhubung dengan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut mengenai banjir terkini. Oleh itu, pihak BGK menyusun pergerakan sukarelawan dalam misi membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)/ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). BGK telah ditugaskan di pusat pemindahan Sk. Gual Tok Deh dan SK Kubang Kua (Rantau Panjang) .

Kini negeri-negeri di pantai Timur sedang mengalami banjir gelombang ke-2. Kenaikan air secara rawak telah menyebabkan pemindahan semula penduduk yang terkesan akibat banjir buat kali ke dua dalam masa beberapa bulan. Rentetan daripada itu, operasi Bilik Gerakan Kecemasan (BGK) masih bersiap siaga sehingga akhir Januari ini:

1. BGK kini dibuka 24jam bermula dua hari lalu sehingga 26 Jan 2017. Dan selebihnya beroperasi jam 8pg - 10mlm.

2. Masih mengekalkan konsep homestay transit bagi mana mana NGO/Pertubuhan yang memberi khidmat bantuan mangsa banjir untuk berehat,koordinasi setempat dan tempat tidur.

3. Masih membantu JKM negeri, yang mana 6 sukarelawan bergilir-gilir di 2 pusat pemindahan sepanjang masa untuk memberi sokongan dan menguruskan mangsa banjir.

4. Sarapan pagi telah disediakan oleh BGK kepada semua mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut pagi ini.

5. Jumlah penerima manfaat adalah seramai 389 keluarga.

6. Pembungkusan dan agihan bekalan makanan serta lampin pakai buang dewasa/kanak2 di SK Tok Deh dan SK Kubang Gual.

Mari ikuti perkembangan Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk info terkini dari masa ke semasa.

Untuk menyumbang, anda boleh melayari laman web kami di http://www.islamic-relief.org.my/donate-now/index.php?mod=pages&opt=online. Anda boleh memilih kategori “Fund Special Appeal” & klik “Family Package-RM150” untuk menyumbang.


d3b0eb4d-9df1-4677-81fb-4acd69221d01.jpg

5888c739-6c10-42bc-8372-0f4bcd9c81bb.jpg

72e6faf8-f14e-4944-aabf-9c27bb44b33f.jpg