Logo Think Humanity, Think ISLAMIC RELIEF!
DONATE NOW!

Gombak, 9 April 2017 – Kira-kira 500 peserta menyahut cabaran Water Balloon Charity Run yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama daripada pelajar-pelajar Mahallah Uthman dan Mahallah Asma, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, ia adalah usaha sekumpulan pelajar-pelajar UIAM yang prihatian terhadap nasib golongan yang memerlukan.

“Pelajar-pelajar ini mengambil inisiatif untuk mengadakan Water Balloon Charity Run dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi Projek Penanaman Cendawan di Lombok, Indonesia.

“Di bawah projek ini, Kelompok Wanita Tani (KWT) yang terdiri daripada 20 wanita dari kalangan ibu tunggal dan asnaf akan dibantu oleh Islamic Relief Indonesia untuk meraih pendapatan menerusi penanaman cendawan,” kata Zairulshahfuddin ketika ditemui hari ini.

Dua kategori disediakan di dalam acara terbabit iaitu 5 kilometer dan 10 kilometer. Larian amal yang diadakan di dalam UIAM itu bukan sahaja menarik menarik minat warga UIAM malahan turut membabitkan penyertaan daripada orang awam.

Program tersebut mendapat tajaan daripada Yeo Hiap Seng (Yeo’s) dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

Diharapkan melalui larian ini dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai pengamalan gaya hidup yang sihat dan memberikan inspirasi kepada pemuda untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukarelawan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Projek Penanaman Cendawan, anda boleh layari http://islamic-relief.org.my/index.php/ways-help/v...

DSC2357-min.JPGDSC0208-min.JPGDSC0225-min.JPGDSC2466-min.JPGDSC2769-min.JPGDSC2796-min.JPG