Logo Think Humanity, Think ISLAMIC RELIEF!
DONATE NOW!

Labu, 10 Dis. 2016 – Islamic Relief Malaysia (IRM) meraikan 71 pelajar Sekolah Kebangsaan Tekir dalam program Cheer To School (CTS) atau “Ceria Ke Sekolah”. Mereka terdiri daripada anak-anak asnaf Orang Asli dari kaum Temuan.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh golongan yang kurang berkemampuan melalui bantuan persekolahan berupa dua pasang set pakaian sekolah, sepasang kasut beserta stokin, beg sekolah dan set alat tulis.

Selain penyerahan sumbangan, aktiviti lain yang turut dijalankan ialah aktiviti psikososial bersama kakitangan IRM diikuti dengan slot motivasi dari kantanpreneur yang dianggotai oleh penyanyi Encik Mimpi, Imam Muda Najdi dan beberapa anggota lain. Mereka bukan sahaja menyanyi sambil bermain alat muzik, tetapi juga berkongsi pengalaman mereka semasa menuntut di alam persekolahan dan universiti agar pelajar-pelajar SK Tekir mendapat semangat untuk kembali ke sekolah pada sesi 2017 nanti.

Program ini turut mendapat tajaan buku daripada Utusan Karya Sdn. Bhd. dan minuman yogurt pelbagai perisa dari Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad. Kerjasama yang baik dari semua pihak yang terlibat telah melancarkan perjalanan program dan memberikan seribu senyuman kepada anak-anak SK Tekir. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi memberi kesedaran dan membantu golongan minoriti yang terdapat di Malaysia.


DSC0257-min.JPG

DSC0130-min.JPG

DSC0136-min.JPG

DSC0335-min.JPG